Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

TPM Tinjau Situasi Banjir di Kelantan

By 15 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wee Kim Been

PASIR MAS, 15 Dis (Malaysiaaktif) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan lawatan kerja situasi dan menziarahi mangsa banjir, di sini hari ini.

Satu taklimat khas berhubung situasi dan keadaan semasa bagi mencari resolusi terbaik untuk mengatasi masalah banjir telah diadakan di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas oleh Ketua Jajahan Pasir Mas Hazmi Abdul Hamid dan Pengarah JPS Kelantan, Kamal Mustapha.

“Sehingga kini jumlah bilangan keluarga yang terlibat adalah 637 keluarga meliputi  2,033 mangsa keseluruhannya yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh dan SK Gual Periok, Rantau Panjang.

“Keseluruhan kawasan bencana melibatkan 47 kawasan tegar yang sering dilanda banjir dan memerlukan perhatian khusus oleh pihak Kerajaan Pusat,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri telah bersetuju untuk meluluskan pembinaan enam buah pam air dengan kerjasama kerajaan negeri dan pusat di bawah seliaan serta peruntukan melalui Jabatan Pengaliran dan Saliran serta Jabatan Kerja Raya.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob serta Ketua- Ketua Jabatan Persekutuan dan negeri yang terlibat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda