Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

1,160 Terima Sumbangan Tahun Baru Cina daripada Kerajaan Melaka

By 16 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hafizul Adzhari (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Melaka memperuntukkan sebanyak RM880,000 untuk diberikan kepada 1,160 orang penerima beragama Buddha terpilih sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.

“Kerajaan Negeri Melaka sentiasa prihatin kepada semua perayaan tidak kira perayaan apa sekalipun kerana sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dapat menyambut perayaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Sumbangan Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2023 di Dewan Kompleks JAPERUN Lendu, di sini semalam selepas menyampaikan sumbangan kepada 225 orang penerima Parlimen Masjid Tanah.

Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Datuk Kalsom Nordin dan Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Melaka Datuk Salhah Salleh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda