Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

167 Keluarga Terima Bantuan Banjir Monsun Timur Laut

By 30 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Yusoffirman/M.Yamuna

TEMERLOH, 30 Jan (Malaysiaaktif) – 167 keluarga di daerah ini menerima Bantuan Banjir Monsun Timur Laut berjumlah RM1,000 untuk setiap keluarga, di sini hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Azizi Mohd Zubir, 18, salah seorang penerima bantuan dari Taman Mentakab Indah berkata, bantuan yang diterima sangat membantu meringankan bebannya kerana beliau terpaksa menghadapi musibah banjir setiap tahun.

Antara penduduk yang tersenarai sebagai penerima bantuan kali ini adalah dari Kampung (Kpg.) Batu Kapor, Kpg. Mentakab Indah, Kpg. Sungai Buloh dan Lanchang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda