Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

500 Pokok Bakau Berjaya Ditanam di Kuala Sungai Limau

By 5 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 5 Jan (Malaysiaaktif) – Sebanyak 500 anak pokok bakau telah berjaya ditanam di Kuala Sungai Limau, di sini semalam.

Program Pemuliharaan dan Kelestarian Bakau anjuran Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) Universiti Utara Malaysia (UUM) turut kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan Majlis Daerah Yan.

Menurut Pegawai Daerah Yan Mohd Shubhi Abdullah ketika ditemu bual berharap usaha penanaman pokok bakau ini akan dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat.

“Dari segi pembangunan ekonomi baharu melalui aktiviti ekopelancongan sambil memperkaya sumber hidupan marin, selain berpontensi juga membantu pendapatan para nelayan,” katanya.

Program tersebut melibatkan 80 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah, kakitangan Majlis Daerah Yan dan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda