Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kesiapsiagaan Kerajaan Negeri Sembilan Hadapi Bencana

By 5 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)

SEREMBAN, 5 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Sembilan telah menyerahkan tiga buah bot bernilai RM110,000 kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan (JBPM NS).

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, ia merupakan salah satu langkah mengukuhkan kesiapsiagaan untuk menghadapi bencana dan kemalangan.

“Sebagai usaha untuk menyelaras kerjasama antara agensi dalam situasi bencana, Kerajaan Negeri Sembilan telah mengambil langkah menubuhkan Negeri Sembilan Command Center (NeScom).

“NeSCOM merupakan satu pusat kawalan yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Jabatan Mineral dan Galian (JMG) serta lain-lain yang terlibat dengan Jawatankuasa Bencana,“ katanya ketika bercakap dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian NeScom, di sini semalam.

Aminuddin Harun turut memaklumkan pusat kawalan ini menerima maklumat secara langsung daripada pelbagai stesen dan pusat pengumpulan data bagi membolehkan keputusan melibatkan logistik serta anggota dilakukan dengan pantas yang seterusnya mempercepatkan tindakan dalam situasi bencana.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) Dato Dr Razali Ab Malik Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda