Laporan/foto: Noorsiah Mahmud
PAPAR, 4 Jan (Malaysiaaktif) – Sebut saja sayap ayam bakar Pekan Bongawan, pastinya mengingatkan warga daerah ini akan rasa keenakan dan wangian aromanya.
Pemilik gerai ‘Sayap Ayam Bakar Pekan Bongawan’ Bidin Kassim, 47, mengusahakan perniagaan tersebut bersama isterinya, Norasikin Md Isa, 45, berkata gerai ini sudah beroperasi lebih 50 tahun bermula dari arwah bapanya.
“Saya mengambil alih perniagaan sayap ayam ini sejak bersara dari tentera pada tahun 2015 sehinggalah sekarang.
“Saya masih mengekalkan resepi istimewa arwah bapa, Kasim Tuah, menjadikan sayap ayam bakar sentiasa menjadi buruan pelanggannya bukan sahaja masyarakat di Bongawan malahan pelanggan dari luar daerah,” kongsinya.
Katanya, gerai beroperasi bermula pukul 2.30 petang setiap hari dan tutup sehinggalah habis jualan.
-ZS-