
Laporan/foto: Zaidy Salim/Nizam (JaPen-HQ)
PUTRAJAYA, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan ‘Malaysia Madani’ sebagai usaha memimpin serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia, berkata dalam ucapan amanatnya di Putrajaya International Convention Center (PICC) hari ini.
Madani itu diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.
Berucap menyampaikan amanat ‘Membangun Malaysia Madani’ di sini hari ini, beliau menyeru semua pihak khususnya barisan Jemaah Menteri dan warga perkhidmatan awam supaya menerapkan Madani dalam urusan pentadbiran.
“Saya menaruh keyakinan yang sangat tinggi bahawa Malaysia berupaya untuk diangkat semula di persada dunia sebagai negara yang kukuh dan kuat,” kita tidak mahu nama Malaysia ini tercemar dengan skandal permasalahan dan pertelingkahan kaum dan agama,” katanya.
“Kita mahu Malaysia ini dikenali sebagai negara Madani yang mampu diangkat martabat rakyat dan negaranya,” tambahnya lagi.
Beliau juga turut meluncurkan versi terkini buku “Membangun Negara MADANI: Visi dan Kerangka Reformasi” terbitan Institut Darul Ehsan (IDE) dengan 215 halaman.
Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet.
-ZS-