Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Jualan Rahmah Tahun Baharu Cina Di Cameron Highlands Mendapat Sambutan Menggalakkan

By 19 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Rasidi/ FB Ho Chi Yang

CAMERON HIGHLANDS, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Kedatangan Tahun Baru Cina pada tahun ini dimeriahkan dengan Program Jualan Rahmah di Pasar raya Billion, Kompleks Centrum Cameron Highlands yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanah Rata Ho Chi Yang berkata, beliau hadir untuk meninjau dan bertanya khabar penduduk serta pengunjung pasar raya.

“Saya juga berbincang mengenai tren harga barangan semasa dan mendapat respon yang positif daripada pengunjung melalui program Jualan Rahmah ini,” katanya.

Ujar beliau lagi program ini bakal diteruskan sebagai usaha kerajaan membantu rakyat mengurangkan bebanan kos sara hidup terutamanya golongan B40.

Salah seorang pengunjung yang ditemui, Nur Fazlina berharap program Jualan Rahmah tersebut sentiasa diadakan kerana harga barangan serta stok keperluan makanan harian yang berubah-ubah pastinya membebankan penduduk di situ.

Beliau juga berharap pemantauan yang kerap oleh agensi berkaitan di Tanah Tinggi Cameron Highlands dilaksanakan agar peniaga tidak mengambil kesempatan kepada penduduk dan pelancong.

-ZS-

Tinggalkan komen anda