
Laporan/foto: Muhd Afiqq (Sepang)
SEPANG, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Majlis Penyerahan Insentif Kontinjen Negeri Selangor Sempena Temasya Sukan Para SUKMA ke-20 MSN XX 2022 telah berlangsung di Palm Garden Hotel, Putrajaya bagi menghargai sumbangan atlet Kontinjen negeri Selangor yang telah menyertai kejohanan tersebut.
Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari penyerahan insentif ini bagi memberikan pengiktirafan atas usaha gigih semua atlet para yang bertanding mewakili negeri Selangor.
“Penyertaan di dalam kejohanan dwitahunan ini juga merupakan medan mengenalpasti dan memilih atlet-atlet para Sukma yang bakal mengharumkan nama negara dalam sukan paralimpik dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi.
“Nilai insentif yang diberikan kepada atlet Orang Kelainan Upaya (OKU) Para Sukma adalah sama seperti atlet normal yang bertanding di Sukma iaitu RM3,000 (Emas), RM2, 000 (Perak) dan RM1, 000 (Gangsa),” katanya ketika menyampaikan ucapan hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor Tuan Mohd Khairuddin Othman
dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor Puan Azura Sarbin.
-ZS-