Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Chef Muda Persembah Tempahan Kek Diraja

By 14 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzilawati Kamarudin/Hasrulazlinda Hassan

KUALA PILAH, 14 Jan (Malaysiaaktif) – Pelbagai rekaan kek yang menarik dan unik dipersembahkan oleh pelbagai jabatan, agensi kerajaan dan swasta termasuk hotel di Negeri Sembilan dalam Majlis Persembahan Kek bersempena Sambutan Hari Keputeraan Ke-75 Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada hari ini, 14 Januari 2023.

Sebanyak 26 kek dipersembahkan di Ruang Legar, Istana Besar Seri Menanti.

Dua orang chef muda yang merupakan adik beradik dari ‘Chadell The Baker’ mengambil masa selama tiga hari bagi menyiapkan tempahan sebuah kek dengan hiasan tema tepak sirih dari Menteri Besar Incorporation Negeri Sembilan.

“Saya rasa bertuah dan bersyukur diberikan peluang dan kepercayaan untuk mempersembahkan kek sempena ulangtahun Tuanku Muhriz.

“Kami sangat teruja buat pertama kali diberikan tugas menyempurnakan kek diraja,” kata Hanis Hashim, 30, ketika ditemui di sini semalam.

Persembahan kek merupakan antara acara yang diadakan setiap kali sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda