Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

PMR JaPen Perlis Jadi Tumpuan

By 13 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Perkarangan Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Perlis di sini hari ini menjadi tumpuan orang untuk mendapatkan poster rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mula diedarkan secara percuma.

Menurut petugas JaPen, Ahmad Burhanuddin Helmi Abd Rahani, sejak PMR dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang, lebih 200 keping poster Perdana Menteri telah diedarkan kepada hampir 70 orang pengunjung yang terdiri daripada orang ramai dan penjawat awam.

Seorang pengunjung, Roslinda Rosli, 26, dari Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis memaklumkan, beliau mengetahui mengenai edaran poster Perdana Menteri melalui hebahan di media sosial JaPen Negeri Perlis, semalam.

“Saya mengambil tiga keping poster Perdana Menteri untuk diletakkan di beberapa lokasi bersesuaian di sekolah,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda