Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Southern Volunteers Sedia Bantu Penduduk Terjejas Banjir

By 30 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhasliza Hamzah/Sheikh M.Nazim (Segamat)

SEGAMAT, 30 Jan (Malaysiaaktif) – 300 sukarelawan Sountern Volunteers (SV) daerah Segamat bersedia untuk digerakkan bila-bila masa bagi membantu penduduk yang terjejas banjir di mukim Pogoh, Gemereh dan Buloh Kasap.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat (MPS) merangkap Pengerusi Southern Volunteers Daerah Segamat, Ungku Mohd Tahir Ungku Mohd Zakaria, ramai penduduk terjejas banjir memerlukan bantuan membersihkan rumah dan memindahkan barang.

“Kita telah membuat semakan semula dengan Pejabat Daerah melalui penghulu-penghulu mukim untuk ditawarkan kerja-kerja sukarelawan membersihkan rumah.

“MPS mempunyai kekuatan dari segi logistik seperti lori pembersihan untuk membantu kerja-kerja membersihkan rumah-rumah mangsa banjir,” katanya semasa ditemu bual di Pusat Gerakan Pasca Banjir Daerah Segamat, di sini semalam.

Setakat jam 12.00 tengahari ini, mangsa banjir di daerah Segamat kekal dengan 92 mangsa daripada 28 keluarga melibatkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di mukim Gemereh, PPS Kampung Batu Badak dan PPS Dewan Komuniti Kampung Tasek serta dua PPS di mukim Buloh Kasap, PPS Kampung Kuala Paya dan PPS Kampung Padang Kiambang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda