Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Tarian Singa Simbolik Tahun Baru Cina

By 30 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Noor Ain Mohd Zain/Noor Suraya Zainal

GEORGETOWN, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Tarian singa atau ‘wu shi’ dalam bahasa Mandarin adalah penyeri kepada sambutan Tahun Baru Cina.

Tarian singa yang dipersembahkan kepada orang ramai di perkarangan Kompleks Tunku Abdul Rahman (KOMTAR) baru-baru ini dikendalikan oleh Penang Hong Guan Sports dan Gymnasium Acrobatic Lion Dance.

Seorang pengunjung, Bryan Chee, 39, melahirkan rasa gembira dan teruja apabila tarian singa tersebut masih mendapat sambutan daripada masyarakat majmuk walupun berbeza agama dan bangsa.

“Pelbagai lapisan masyarakat hadir menyaksikan tarian singa ini dan saya sangat teruja melihat kecekapan penari mengendalikan pukulan gendang,” katanya.

Lebih 200 orang pengunjung hadir dan memberi tepukan gemuruh pada majlis tersebut.

Turut hadir Amiza Yusof dan Lee Beng Siew yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

-ZS-

Tinggalkan komen anda