Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

60 Kanak-Kanak Sertai Program Berkhatan DUN Batu Maung

By 27 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Salawati Mat Shariff

SUNGAI ARA, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Program berkhatan anjuran MPKK Sungai Ara dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung bersama Kariah Masjid Al-Huda Sungai Ara telah disertai oleh 60 orang kanak-kanak berusia antara 5 hingga 12 tahun berjaya dilaksanakan semalam.

Kanak-kanak tersebut diraikan oleh pancuran air jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Ara sebelum mereka menjalani proses berkhatan dengan menggunakan kaedah laser oleh lima mudim profesional dan dibantu oleh petugas dari Klinik Prima Kasih, Yan, Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Industri dan Pembangunan Keusahawanan Dato’ Haji Abdul Halim Hussain berkata program berkhatan secara percuma ini mendapat sambutan menggalakkan dan berasa amat gembira dapat membantu meringankan beban golongan B40 memandangkan kos berkhatan di klinik swasta adalah antara RM150 hingga RM300 seorang.

Adik Iffat Wafri, 7, pelajar SK Seri Permai di sini berkata beliau telah bersedia untuk berkhatan bersama rakan-rakan yang lain dan hasratnya itu mendapat sokongan penuh ibunya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda