Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Lawatan Kerja Timbalan Menteri KKD di Perak

By 27 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Muhammad Ezwandi (Ipoh)

IPOH, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching mengadakan lawatan kerja di Perak apabila turun padang bertemu orang awam di Medan Selera, Stadium Indera Mulia, di sini semalam.

“Lawatan ini adalah lawatan kerja sulung saya ke negeri ini selepas Terengganu, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

“Saya juga mengambil kesempatan untuk bertemu dengan wakil rakyat negeri ini dan rakan-rakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi mewujudkan satu hubungan kerja yang erat agar segala informasi dan inisiatif dari kerajaan pusat serta kerajaan negeri dapat disampaikan dengan cepat dan tepat kepada rakyat,” katanya ketika ditemu ramah pengamal media.

Selepas sesi lawatan itu, Teo seterusnya berkunjung ke Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi sesi taklimat program dan aktiviti agensi di bawah KKD.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Perak Mohd Rizal Hashim, Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin dan Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How.

-ZS-

Tinggalkan komen anda