Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Bakul Rahmah Bantu Golongan Memerlukan

By 21 Februari 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irina Abd Samad/Parameswary Lekshmnan

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Bakul Rahmah iaitu Bakul Kasih Sayang terus diharapkan oleh semua golongan yang terkesan, khususnya golongan B40 yang mempunyai penyakit kronik, ibu tunggal dan yang benar-benar memerlukan.

Seramai 30 penerima dari kawasan Wangsa Maju menerima Bakul Rahmah pada Pelancaran Program Rahmah di AEON BiG Wangsa Maju, di sini semalam.

Halimah binti Abd Basir, 57, seorang pesakit kanser berkata, dia sangat bersyukur dan bertuah menjadi antara penerima Bakul Rahmah.

“Inisiatif Kerajaan Perpaduan dengan kerjasama pelbagai pihak ini sangat-sangat dihargai. Apa yang orang lain dapat beli, kami dari golongan miskin pun turut dapat merasa barang yang diperlukan ini,” katanya.

Manakala Loke Sow Kam, 56, dari Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Desa Rejang pula berharap kerajaan hari ini dapat terus membantu mengurangkan kos sara hidup yang makin tinggi dan berharap banyak lagi bantuan Rahmah diadakan.

“Usaha murni ini sangat dinanti-nantikan dalam kerajaan menyantuni semua golongan miskin tidak kira agama dan bangsa,” katanya.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hanya sebagai penyelaras program kepada mana-mana syarikat, mana-mana individu yang sudi tampil ke hadapan membantu golongan ini.

“Jangan ada seorang pun yang lapar dalam negara ini. Pelbagai usaha sedang giat dijalankan pada Program Payung Rahmah,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika berucap merasmikan Pelancaran Program Rahmah AEON BiG.

-ZS-

Tinggalkan komen anda