Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Rahmah Kini Diperluas ke Santapan Rohani

By 21 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Irina Abd Samad/Parameswary Lekshmnan

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Inisiatif Rahmah yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan kini berkembang dan diperluas ke Jualan Buku Rahmah.

Kedai Buku Sarjana Media melaksanakan inisiatif Rahmah dengan menawarkan Buku Rahmah pada harga RM5 sahaja.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berharap usaha murni ini dapat diteruskan dan lebih banyak lagi pemain-pemain industri buku tampil ke hadapan dengan menawarkan lebih banyak lagi pakej bagi menggalakkan generasi yang lebih berpengetahuan pada masa akan datang.

“Inisiatif Payung Rahmah kini melebarkan naungannya ke Buku Rahmah. Bermula dengan langkah kecil seperti Menu Rahmah, Pakej Rahmah, Jualan Rahmah dan Bakul Rahmah yang terus mendapat sambutan, terkini dengan Buku Rahmah.

“Diharapkan inisiatif seperti ini dapat disuburkan di seluruh negara dan semoga rakyat di luar sana mengambil kesempatan di atas peluang yang diberikan kepada mereka,” katanya ketika merasmikan Program Buku Rahmah di Kedai Buku Sarjana Media di AEON BiG Wangsa Maju, semalam.

Pengarah Urusan Sarjana Media Haji Tajudin bin Senafi berkata, jika Menu Rahmah memenuhi santapan jasmani, Buku Rahmah memenuhi santapan rohani dengan menawarkan harga yang berpatutan kepada buku-buku, bahan- bahan ilmiah, kitab-kitab dan al-Quran.

Orang ramai dapat menikmati tawaran Buku Rahmah ini di kedua-dua cawangan Kedai Buku Sarjana Media, iaitu di AEON BiG Wangsa Maju dan Sri Rampai.

-ZS-

Tinggalkan komen anda