Laporan/foto: Nur Hani Abdullah/Jaed Tepus (Sarawak)
KUCHING, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 1,040 peserta hadir ke Forum Minggu Keharmornian Antara Agama Malaysia Edisi ke-3 2023 anjuran Unit untuk Agama Lain (UNIFOR) bersama Pusat Maklumat Islam Sarawak (SIIC), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak, di sini semalam.
Selain menganjurkan program ini bersempena dengan Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka, ianya bertujuan mempromosikan nilai hormat, penghargaan, dan penerimaan dalam kepelbagaian agama dan budaya melalui dialog, pendidikan dan kesedaran awam.
“Kerajaan Sarawak memberi peruntukan sebanyak RM100 juta kepada UNIFOR yang akan digunakan untuk membaiki sekolah mubaligh serta rumah-rumah ibadah di negeri ini,” kata Premier Sarawak Abang Johari.
-ZS