Laporan/foto: Shaharuddin Daud/Muhammad Fadzlan Shah (Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Usaha Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kuala Pilah mengaktifkan program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) dilihat seiring dengan rukun Kesejahteraan dalam konsep Malaysia MADANI.
Pegawai FAMA Kuala Pilah Ahmad Faizan Shaharom berkata, pihaknya melihat perlunya JTDL diadakan semula di Kuala Pilah sebagai usaha membantu masyarakat mendapat barang makanan mentah dan siap dengan harga yang berpatutan.
“Selain membantu masyarakat setempat, JTDL juga menjadi platform membina kesejahteraan para peniaga dengan memasarkan barangan mereka secara terus tanpa melalui orang tengah” ujarnya ketika ditemui di tapak JTDL Taman Senimas, semalam.
Salah seorang pengunjung yang ditemui, Mustaza Hakim, 30, berharap program ini kerap diadakan kerana memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat.
-ZS-