Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kedai Kek Premium di Ceruk Kampung

By 21 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juhaisa Azrin

LIPIS, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Lokasi kedai yang terletak jauh dari bandar Lipis bukan penghalang kepada para pengunjung untuk merasai keenakan air tangan anak tempatan Lipis ini walaupun terletak di ceruk kampung.

Mempertaruhkan 10 jenis kek serta pelbagai pencuci mulut, perniagaan yang diusahakan anak muda Ain Syafiqah Zaaba, 29, dengan nama Sugar Dinda ini pada awalnya hanya bermula dari rumah dan kini semakin berkembang hingga membuka kedai dan turut mempunyai cawangan kedua di Kuantan.

“Saya memberanikan diri memulakan perniagaan ini pada Januari 2020 setelah menjalani Kursus Perantis Usahawan Siswazah di bawah program Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) selama satu tahun bersama dua orang lagi rakan kongsi.

“Pada awalnya memang terdapat pelbagai dugaan dalam perniagaan terutamanya ketika negara dilanda wabak COVID-19, namun berkat kesabaran dan semangat tidak berputus asa, Sugar Dinda masih mampu bertahan,” kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dari Universiti Islam Antarabangsa Gombak ini.

“Antara kek yang menjadi pilihan pelanggan ialah ‘biscoff burnt cheese cake’ serta ‘red velvet’,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda