Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Produk Makanan Tradisional Pilihan Pelanggan di Serambi Teruntum

By 21 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zayana Isa

KUANTAN, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Kepelbagaian produk tradisional di Serambi Teruntum menjadi pilihan pelanggan jika mereka berkunjung ke sini.

Salah seorang peniaga, Ilya Azhar, 24, berkata pelbagai produk makanan tradisional Pahang ada dijual di sini yang mana kebanyakannya diproses sendiri di rumah.

“Antara yang menjadi pilihan adalah produk Sambal Hitam Pahang yang kita bawakan khas dari Jerantut dan juga produk makanan lain seperti dodol, kerepek dan banyak lagi,” katanya.

Beliau yang merupakan graduan lepasan ijazah turut berhasrat untuk memajukan perniagaannya melalui media sosial dan memilih platform Tik Tok bagi memperkenalkan produk makanan tradisional di kedainya.

“Selama tiga tahun kami sekeluarga berniaga di sini. Saya merancang untuk memperluaskan perniagaan di media sosial yang menjadi trend sekarang ini,” katanya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda