Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Maritim Malaysia Tahan Tiga Bot di Perairan Kunak

By 21 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dexter Cysonned/APMM Lahad Datu

Lahad Datu, 21 Februari (Malaysiaaktif) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu menahan tiga bot dengan pelbagai kesalahan di perairan Kunak, di kawasan sekitar 0.35 hingga 0.9 batu nautika Timur Madai Kunak pada petang Isnin.

Menurut Pengarahnya, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi terdapat beberapa pelanggaran dilakukan oleh ketiga-tiga bot tersebut di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 (Kesalahan-kesalahan Bot Kecil Sabah 2008) serta Akta Perikanan 1985.

“Antara kesalahan yang direkodkan termasuklah mengubahsuai bot tanpa kebenaran, melakukan aktiviti menangkap ikan pada jarak kurang 0.9 batu nautika serta gagal memaklumkan pertukaran nahkoda.

“Menerusi Operasi Pluto Timur juga telah menahan tiga lelaki tempatan bersama empat warga asing dari Filipina berusia antara 27 hingga 71 tahun dan kesemua mereka beserta ketiga-tiga bot ditahan seterusnya diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

“Zon Maritim Lahad Datu akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan untuk mengekang sebarang pelanggaran undang-undang dan perlakuan jenayah di perairan Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Selasa.

Sebarang aduan atau maklumat ke Zon Maritim Lahad Datu boleh dibuat di talian 089-885727 atau MERS 999 yang dibuka 24 jam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda