
Laporan/foto: Norlia Mili/Lance Dunstan (Sarawak)
KUCHING, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Selepas lima dekad mengharungi kejayaan membentuk dan memodenkan bandar-bandar di Semenanjung Malaysia, UDA Holdings Berhad (Perbadanan Pembangunan Bandar) mula melebarkan sayapnya untuk mewarnai pembangunan bandar di Sarawak.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedict berkata usahasama UDA bersama SEDC (Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak) dalam pembangunan di Kompleks Neu Pendington di kawasan Pending, Kuching, dapat merancakkan lagi aktiviti perniagaan dan pemilikan hartanah di kalangan rakyat di Sarawak.
“Saya percaya ini merupakan satu permulaan kepada UDA Holding selaku agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KPUS) untuk mengambil bahagian dalam pembangunan hartanah dan pembangunan ruang niaga kepada golongan usahawan,” kata Ewon, semalam.
-ZS-