Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Lawn Bowls Perpaduan Hari Wilayah Platform Promosi Sukan Boling Padang

By 8 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Perlawanan Jemputan Lawn Bowls Perpaduan sempena Hari Wilayah berjaya mempromosi sukan boling padang dengan lebih meluas kepada masyarakat di pulau itu.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Lawn Bowls Labuan, Hassan Jinin, perlawanan yang melibatkan 13 pasukan itu bertujuan memberi pendedahan kepada warga Labuan yang belum mengenali dengan lebih dekat sukan yang semakin terkenal di pulau itu.

“Kita adakan perlawanan ini bagi memberi peluang lebih ramai warga Labuan daripada agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk merasai sendiri bermain boling padang sekaligus cuba menarik minat mereka untuk terus berkecimpung dalam sukan ini.

“Perlawanan ini juga bagi merapatkan hubungan antara pasukan-pasukan yang terlibat melalui aktiviti sukan di samping bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini,” katanya semasa ditemui pada program itu semalam.

Pada perlawanan itu, pasukan PML muncul juara sementara tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi pasukan PDRM B dan ILP A.

-ZS-

Tinggalkan komen anda