Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Menu Rahmah Bantu Golongan B40

By 22 Februari 2023Mac 1st, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Restoran D’Santai Mesra Asam Pedas Telur Mayong menyahut saranan kerajaan untuk menyediakan makanan Menu Rahmah kepada pengunjung.

Menurut pengusaha restoran ini, Muhammad Najib Abd Wahab, 35, beliau baru dua minggu menyertai program Menu Rahmah ini dan berniat mahu membantu masyarakat yang berpendapatan rendah.

ā€œMenu yang disajikan untuk Menu Rahmah adalah ayam atau ikan, sayur serta nasi dan terdapat juga menu yang lain,ā€ ujarnya.

Menurut seorang pelanggan Isa Ariffin, 41, pertama kali mencuba menu rahmah di sini dan sangat berpuas hati dengan kuantiti makanan yang disediakan dengan hidangan yang banyak dan enak serta layanan begitu mesra kepada pengunjung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda