Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Warga JaPen Perlis Perlu Sambut Baik Konsep Malaysia Madani

By 22 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Warga Jabatan Penerangan (JaPen) Perlis diingatkan supaya menyambut baik konsep Malaysia Madani yang dibawakan oleh kerajaan sekarang.

“Semua warga kerja JaPen Perlis seharusnya memahami dan menerapkan perkara-perkara positif dan nilai-nilai murni yang ada terkandung di dalam konsep Malaysia Madani yang menjadi teras pentadbiran masa kini.

Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Perlis Azrul Hasan berkata demikian semasa memberikan taklimat berkenaan konsep Malaysia Madani dalam Majlis Amanat Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis bersama pegawai dan kakitangan JaPen Perlis di Dewan Gimnasium, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.

“Majlis Amanat ini merupakan platform terbaik untuk mengetengahkan perkara-perkara terkini yang perlu diberi perhatian dan penekanan sebagai penjawat awam,” katanya lagi.

Aziz Shaari, 59, seorang kakitangan JaPen Perlis menyatakan semua pihak terutamanya kakitangan kerajaan perlu menyahut seruan konsep Malaysia Madani seperti sikap hormat-menghormati sesama rakan sekerja sebagai norma sosial.

Pada majlis tersebut juga Ketua-ketua Cawangan JaPen Perlis turut menyampaikan taklimat berkenaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 2023 kepada semua yang hadir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda