Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pelajar Bebas Kritik Kerajaan – PM

By 11 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelajar di negara ini diberi kebebasan untuk bersuara asalkan ianya tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Katanya, saranan tersebut telah disampaikan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

“Sudah disampaikan kepada Khalid serta Fadhilah dan mereka telah buka ruang supaya universiti lebih segar memberikan pandangan melainkan hal yang mencerca, perkauman dan agama yang melampau.

“Kebebasan tersebut termasuk kritikan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyaksikan penyerahan sumbangan dana tambahan untuk Tabung Pelajar Antarabangsa AbuSulayman (AISF), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, Anwar menyaksikan penyerahan replika cek berjumlah RM1.29 juta daripada keluarga Almarhum Prof Emeritus Dr AbdulHamid AbuSulayman, mantan Rektor kedua UIAM.

-ZS-

Tinggalkan komen anda