
Laporan/foto: Intan Saziana
CAMERON HIGHLANDS, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Program kerjasama antara pihak Japan International Cooperatian Agency (JICA) dan SWCorp yang diadakan di sini baru-baru ini berjaya memberi pendedahan dan membuka mata masyarakat akan kepentingan penggunaan baja kompos dalam penanaman sayur.
Sarina Yatim, 33, salah seorang peserta yang menyertai Seminar Inisiatif Hijau anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) berkata, program tersebut bagus dan sangat menarik.
“Ia memberi pendedahan kepada masyarakat selain dapat makan sayur secara sihat, penggunaan baja kompos dapat menyelamatkan bumi,” katanya.
Hasil penyelidikan kerjasama ini diaplikasikan di MARDI menggunakan baja kompos hasil daripada sisa pepejal makanan atau lebihan sayur yang di buang terus ke tapak pelupusan untuk menghasilkan baja kompos berkualiti.
Selain daripada menanam anak pokok menggunakan baja kompos peserta juga telah menguji rasa buah-buahan hasil daripada tanaman menggunakan baja kompos.
-ZS-