Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Perlis Larang Penjualan RON 95 dan Diesel kepada Kenderaan Mulai 1 Februari

By 3 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

PADANG BESAR, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menguatkuasakan larangan penjualan petrol RON 95 dan diesel kepada semua kenderaan berpendaftaran asing di seluruh Negeri Perlis berkuatkuasa 1 Februari lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Shamshul Nizam Khalil berkata larangan tersebut di sebabkan rentetan isu kenderaan pendaftaran asing yang kerap berulang alik ke stesen-stesen minyak di negeri Perlis.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui di Program Advokasi Larangan Penjualan dan Pembelian Minyak Petrol RON 95 dan Diesel kepada kenderaan nombor pendaftaran asing di salah sebuah stesen minyak di Titi Tinggi, baru-baru ini.

“Kenderaan pendaftaran asing ini boleh membeli petrol RON 95 dan diesel di dua stesen minyak tanpa subsidi di Kawasan Perindustrian Kampung Kolam, Padang Besar dan Kampung Wang Kelian,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda