Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Minggu Suai Kenal Bantu Pelajar Baharu PKK

By 3 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurul Aqilah Ahmad/Politeknik Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 3 Feb – Seramai 392 pelajar baharu Politeknik Kota Kinabalu (PKK) mendaftar bagi Sesi II 2022/2033.

Minggu Suai Kenal (MSK) yang melibatkan semua pelajar baharu bermula 29 Januari lalu telah berakhir hari ini, berjaya memberi pendedahkan kepada pelajar tentang PKK.

Menurut Pengarah PKK Dullah Muluk, para pelajar mampu untuk menjadi ‘agent of change’ atau dalam Islam disebut dengan istilah Khairul Ummah (ummah terbaik) yang membawa obor ilmu pengetahuan.

“Tanpa anda sedari, anda adalah generasi yang celik dan cakna kepada teknologi sebagai persediaan untuk menghadapi fast-paced environment,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian dan Penutupan MSK, di sini hari ini.

Selain itu, Dullah menyeru agar para pelajar untuk bergiat aktif dalam setiap aktiviti yang diadakan di kampus.

“Saya juga menyeru agar anda bergiat aktif di dalam bidang sukan, kokurikulum, persatuan dan aktiviti akademik lainnya,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Pengarah Akademik Abdul Razak Mohd Daim, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Ts. Md Syadiqin Awang Adi@Jumaat, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Ts. Saril Hj Yusop serta tujuh Ketua Jabatan Akademik lainnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda