Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PSA Teroka Kerjasama dengan Korea Selatan Bidang Elektronik Perubatan

By 18 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PSA

SHAH ALAM, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) mengorak langkah menjalin kerjasama dengan Korea Selatan dalam bidang elektronik perubatan.

Timbalan Pengarah Akademik PSA, Ts Roseman Mat Jidin, berkata pihaknya telah menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent) antara PSA dan Wonju Medical Industry Techno Valley Foundation (WMIT) pada 14 Februari lalu.

“Ia bertujuan meneroka peluang kerjasama dalam bidang elektronik perubatan serta institut penyelidikan dan politeknik bagi tujuan pembangunan industri elektronik perubatan antara Malaysia dan Korea Selatan.

“PSA mempunyai kepakaran dalam bidang elektronik perubatan selain mempunyai Pusat Teknologi Elektronik Perubatan (CMET) yang merupakan pusat rujukan, penyelidikan dan inovasi elektronik perubatan dari dalam dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, kedua-dua pihak bersetuju berkongsi kepakaran dan teknologi di samping meneroka peluang pengkomersialan, penyelidikan dan pembangunan serta sokongan terhadap program-program anjuran kedua-dua institusi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda