Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Komuniti Labuan Diseru Ambil Kesempatan Imarahkan Surau

By 18 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Para ahli komuniti di Labuan diseru mengambil kesempatan dengan pembinaan surau baharu untuk mengimarahkannya dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.

Menurut Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan, Mohd Zaki Mat Salleh, kemudahan masjid dan surau perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya penduduk setempat.

“Pastikan penduduk yang tinggal disekitar surau datang dan hidupkan surau dengan pelbagai aktiviti bukan sahaja aktiviti ibadah malah aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai agama dan kaum.

“Saya juga menyeru agar ahli jawatankuasa surau perlu dalam kalangan mereka yang aktif dan kerap hadir ke surau untuk memastikan perjalanan pentadbiran berjalan lancar,”katanya semasa merasmikan Surau Ganggarak Permai pagi tadi.

Surau baharu itu boleh memuatkan sekitar 400 jemaah pada satu – satu masa dan memanfaatkan sekitar seribu umat Islam yang tinggal dipersekitarannya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda