Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Penghayatan di Sebalik Peristiwa Israk dan Mikraj

By 18 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Saipul Nizam Ibrahim/Mohamad Al-Tarmizi Azmi

KULAI, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Forum Perdana sempena Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Daerah Kulai telah diadakan di Masjid Ar-Rahman, Taman Putri, Kulai pada malam tadi.

Forum ini menelusuri ibrah di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj sebagai momentum dalam kehidupan untuk tetap tawaduk dan bertakwa kepada Allah S.W.T.

Penghulu Mukim Kulai, Omar Pardi, 47, berkata semua muslimin dan muslimat perlu menghayati makna dan roh di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj agar masyarakat diberkati dan dirahmati Allah dunia dan akhirat.

Menurut Khairunnisya Ubaidullah, 24, pula program seumpama ini harus di teruskan kerana ianya bagus buat anak-anak muda bagi memahami dan mempelajari kisah di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj memandangkan kisah tersebut ada di dalam kurikulum sekolah.

Turut hadir di program ini, Pegawai Derah Kulai Tuan Haji Zainor Adani, Kadi Daerah Kulai Tuan Haji Amir Mohd Noor serta ketua-ketua jabatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda