
Laporan/foto: Dhaifanzufar Dazuka/Kuala Selangor
KUALA SELANGOR, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Datuk Sri KPj Haji Azam Baki, merasmikan Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kuala Selangor yang baharu di Dataran Melawati, di sini hari ini.
Pembukaan cawangan ini adalah usaha memperluaskan perkhidmatannya sekali gus mempermudahkan masyarakat setempat untuk berurusan dengan suruhanjaya ini.
“Tahniah dan terima kasih kepada SPRM Selangor di atas pengoperasian SPRM Cawangan Kuala Selangor yang menjadi mercu tanda dalam membanteras jenayah rasuah dan memberi manfaat kepada masyarakat di sini,” katanya.
Pejabat SPRM Cawangan Kuala Selangor terletak di Plaza Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) yang beralamat di Tingkat 1 dan 2 Plaza MPKS, Jalan Sultan Ibrahim, Kuala Selangor, Selangor.
-ZS-