Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan/Muhammad Nazriq Hakimi Abdul Gani (Segamat)
SEGAMAT, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Penganjuran Majlis Tilawah al-Quran bukan sekadar untuk memperdengarkan kemerduan atau kelunakan suara para peserta qari dan qariahnya tetapi mesej yang hendak disampaikan serta pengertiannya kepada penonton juga penting.
“Membaca adalah jambatan ilmu, kerana ilmulah yang akan meningkatkan darjat dan martabat insan di dunia ini. Dengan ilmu, manusia dapat menguasai dan menguruskan alam, mengeksploitasikan segala nikmat kurniaan Allah untuk kemudahan dan kesejahteraan manusia”.
Pegawai Daerah Segamat Mohd Masni Wakiman berkata demikian dalam Majlis Tilawah Al-Quran Daerah Segamat 1444 Hijrah/2023 Masihi di Masjid Bandar Labis, pada Rabu.
Muhamad Haiz Humaizi Mohamad Hamizan, 20, dan Nor Syuhada Muhamad, 33, telah dinobatkan sebagai Johan Qari dan Qariah dalam pertandingan yang disertai oleh 14 peserta itu.
-ZS-