Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

‘Isi Sampai Penuh’, Pasar Raya Sambut Baik Konsep Menu Rahmah

By 23 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norlia Mili (Sarawak)

KUCHING, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Slogan ‘isi sampai penuh’ yang berkonsepkan Menu Rahmah dengan menawarkan harga RM3.99 bagi pelbagai sajian makanan dipelopori oleh sebuah pasar raya di bandar raya Kuching.

“Ini adalah projek tanggungjawab sosial korporat kami dalam usaha untuk menyumbang balik kepada masyarakat dan sasarannya adalah para pengunjung yang datang membeli barangan keperluan rumah,” kata Pengurus Pemasaran H&L, Jennifer Jong, 38, ketika ditemui, di sini pagi tadi.

“Jenis masakan akan ditukar setiap hari seperti mee goreng, nasi lemak dan roti yang dijual pada harga Menu Rahmah,” kata Nadia Nazira, 27, jurujual bahagian ‘The Magic Oven’ di pasar raya tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda