
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah
KANGAR, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Tinjauan sekitar Kangar oleh krew MA Perlis pagi ini mendapati, rata-rata peniaga menjual bahan mentah mematuhi harga kawalan yang ditetapkan oleh pihak KPDN dan mendapati bekalan adalah mencukupi.
Menurut Ketua Unit Sektor Operasi KPDN Negeri Perlis, Nooraihan Mohd Sidek yang dihubungi pada pagi ini menyatakan, bagi negeri Perlis sehingga hari ini tiada masalah kekurangan bahan mentah dan pengguna disaran menggunakan sembilan saluran rasmi aduan KPDN seperti menerusi whatsapp menerusi talian 0198488000 dan 019-2794317.
“Pegawai Penguatkuasa KPDN negeri Perlis akan sentiasa membuat pemantauan keberadaan bekalan bahan mentah bagi memastikan seluruh negeri Perlis tiada mengalami gangguan bekalan,” tambahnya.
-ZS-