Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Teras Ketiga Malaysia MADANI Wujudkan Perubahan Berterusan, Mendakap dan Memperkasa Kreativiti

By 22 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid/Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Konsep Malaysia MADANI yang berteraskan enam rukun iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Januari lalu.

Pegawai Penerangan Daerah Rembau Malini Md Yunos berkata Daya Cipta yang merupakan teras ketiga konsep Malaysia MADANI akan mewujudkan proses perubahan yang berterusan, mendakap dan memperkasa kreativiti rakyatnya.

“Negara yang berdaya cipta akan menyediakan persekitaran dan infrastruktur yang mampu merangsang kreativiti dan menggalakkan penghasilan sistem, produk, idea dan proses yang lebih maju,” katanya dalam sesi menyampaikan ceramah berkenaan konsep Malaysia MADANI.

Sementara itu, pelajar Tingkatan Enam Bawah Aleeya Maisara Shahrulnizam, 19, berkata melalui sesi ceramah sebegini ianya dapat memberi lebih kefahaman konsep Malaysia MADANI khususnya kepada para pelajar.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Rembau ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sedia Raja dengan kehadiran 40 orang pelajar Tingkatan Enam Bawah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda