
Laporan/foto: Abd Aziz Osman/Noornita Ahmad (Seberang Perai Utara)
TASEK GELUGOR, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Fiesta Ungu dan Karnival Keusahawanan Peringkat Negeri Pulau Pinang berlangsung dengan jayanya di perkarangan Mid Town Perda Kubang Menerong yang tidak asing lagi bagi penduduk sekitar Tasek Gelugor dan Kepala Batas.
Program anjuran Pejabat Daerah dan Tanah dengan usahasama Penang Women Development Corporation sebuah badan korporat di Pulau Pinang ini diadakan selama dua hari bermula 11 Mac dan 12 Mac dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang berkonsepkan serampang dua mata iaitu mempromosikan hasil produk usahawan bumiputera di samping memberi khidmat masyarakat kepada penduduk setempat menjadi daya tarikan untuk berkunjung ke sini.
Antara khidmat masyarakat yang ditawarkan di sini ialah khidmat gunting rambut secara percuma, bengkel kemahiran kepada wanita, seminar keusahawanan dan taklimat bantuan perniagaan, servis motosikal percuma, servis penyaman udara kereta percuma dan mini karnival kerjaya kepada yang mereka yang memerlukan pekerjaan.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Industri dan Pembanggunan Usahawan Negeri Pulau Pinang Haji Abdul Halim Husain, berkata tujuan program seperti ini diadakan adalah bagi menghimpunkan para usahawan di Pulau Pinang terutamanya di Seberang Perai Utara untuk diberikan galakan dalam mengembangkan perniagaan mereka.
“Seramai 72 usahawan berjaya dihimpunkan sepanjang program berlangsung. Bidang usahawan sepatutnya dijadikan budaya dalam masyarakat Pulau Pinang,” katanya.
Beliau bertangungjawab bagi meningkatkan pendapatan isi rumah Pulau Pinang sejajar dengan slogan Malaysia Madani.
*Adalah juga menjadi visi kerajaan negeri Pulau Pinang 2030 melahirkan ramai usahawan.
“Menjadi usahawan adalah tidak mudah. Namun pelbagai bantuan disediakan kepada usahawan, sama ada bimbingan ilmu dan juga bantuan kewangan,” katanya ketika hadir merasmikan majlis penutup Fiesta Ungu dan Karnival Keusahawanan Peringkat Negeri Pulau Pinang, petang tadi.
-ZS-