Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Gerak Mesra Tingkat Kesedaran Masyarakat

By 13 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mazlin Basir/Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Program Gerak Mesra merupakan aktiviti tahunan dan wajib bagi setiap Ahli Majlis untuk melaksanakannya di setiap zon masing-masing.

Ahli Majlis Zon 4, Majlis Perbandaran Batu Pahat Lim Sey Ken, berkata Program Gerak Mesra dan Larian Dihati 2023 diadakan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebersihan persekitaran dan memupuk semangat kerjasama dan keprihatinan antara penduduk.

“Berdasarkan objektif ini, maka pada pagi ini kita adakan aktiviti senamrobik, lari kutip sampah dan juga larian perpaduan sejauh 5.2 kilometer.

“Pada masa musim hujan ini, saya menyeru kepada penduduk setempat supaya menjaga kebersihan persekitaran iaitu tidak membuang sampah merata-rata sehingga parit dan longkang menjadi sumbat seterusnya mengundang tempat pembiakan nyamuk Aedes,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan di Tapak Parkir, Jalan Panchoran Air, di sini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat Ezahar Abu Sairin, berkata program seumpama ini dapat menyatukan komuniti dan agensi yang mana memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Kesepakatan dan perpaduan dikalangan komuniti diharapkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir dalam pasca banjir kawasan yang terjejas banjir.

“Batu Pahat sahaja ketika ini mencatatkan 115 Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” katanya ketika merasmikan program, semalam.

Turut hadir Pegawai Perpaduan Daerah Batu Pahat Nurul Huda Maon dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Satey Pantai Rozali Sharif.

-ZS-

Tinggalkan komen anda