Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Gambaran Masjidil Haram Keunikan Masjid Razaleigh

By 12 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Mohamad Firdaus Abd Aziz

GUA MUSANG, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Masjid Razaleigh di Bandar Lama, Gua Musang dikatakan unik dan menarik minat hampir 4,000 pengunjung sepanjang musim persekolahan ini.

Masjid yang mula dibina pada April 2016 ini menyerupai model Masjidil Haram di Makkah yang mana idea tersebut datang daripada YBM Tengku Razaleigh Tengku Hamzah.

Menurut seorang pengunjung dari Negeri Sembilan, Noraini Rahli, 61, beliau amat teruja melihat keunikan masjid ini seperti yang tular di media sosial.

“Saya rasa amat puas hati dapat tengok sendiri replika Kaabah yang disebut-sebut mirip Masjidil Haram di Makkah juga tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat di ruang solat yang cantik.

“Keunikan replika tersebut adalah ianya dibina hasil gabungan bongkah skrin LED berteknologi canggih yang sentiasa memaparkan ayat-ayat suci al-Quran,” katanya.

Masjid dengan rekaan unik dan menarik ini menggunakan bahan binaan berkualiti tinggi termasuk jubin.

Masjid baharu ini juga dilengkapi sembilan buah menara setinggi 30 meter dan lapan buah kubah dengan keluasan 99,000 kaki persegi bernilai lebih RM32 juta.

-ZS-

Tinggalkan komen anda