Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Gunting Rambut Percuma untuk Mangsa Banjir

By 6 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Seorang warga Segamat telah menawarkan perkhidmatan mengunting rambut secara percuma kepada mangsa banjir yang lain di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang dan PPS Dewan Komuniti Air Panas.

Mohamad Farid Omar, 49, pemilik Barber IQ Labis menyatakan perkhidmatan ini ditawarkan berikutan ada seorang penyumbang yang ingin membuat amal jariah kepada mangsa banjir di PPS.

Ketua Kampung Air Panas Muhomad Haeri FS Ali Khan, 42, berkata perkhidmatan ini sangat bagus dan bermanfaat kepada mangsa banjir terutama kaum lelaki.

“Perkhidmatan menggunting rambut secara percuma ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat.

“Kebanyakkan mangsa mempunyai masa lapang apabila selesai urusan mengemas rumah dan hal ini dapat digunakan oleh mangsa bagi mengunting rambut” ujarnya lagi.

Dianggarkan seramai 115 mangsa banjir lelaki dari PPS SK Kampung Tenang dan PPS Dewan Komuniti Air Panas telah menggunakan perkhidmatan gunting rambut tersebut.

Kebanyakkan penduduk kampung yang ditemui melahirkan rasa syukur kepada mana-mana penyumbang yang telah berbaik hati membantu di kala mereka dilanda musibah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda