Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Hari Megang Masih Dirasai Menjelang Ramadan

By 23 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aneta Ahmad (Dungun)

DUNGUN, 23 Mac (MalaysiaAktif) – Suasana hari megang masih dapat dirasai di daerah ini terutama di Pasar Besar Dungun yang agak meriah dengan kehadiran pengunjung untuk membeli barangan keperluanĀ bagi persiapan menjelang Ramadan.

Setiap kali menjelang bulan puasa atau hari raya, hari megang atau sehari sebelum hari raya kebiasaannya merupakan hari paling sibuk buat peniaga di pasar tersebut.

Peniaga daging Che Yusoh Che Abdullah, 62, atau dikenali sebagai Soh Daging Pasar Dungun, ketika ditemui semalam berkata sehingga pukul sepuluh pagi, anggaran 400 kilogram atau seekor lembu telah habis dijual.

“Sebanyak tiga ekor lembu baka lembu sado disediakan untuk jualan sehingga tengah hari.

“Untuk persiapan sehari sebelum hari raya nanti, pihak kami telah pun menyediakan tiga ekor lembu dengan anggaran berat mencecah 400 hingga 700 kilogram bagi seekor lembu,” katanya.

Tambahnya, daging tempatan dijual pada harga antara RM36 sekilogram dan biasanya beliau hanya menjual pada harga minimum kerana kebanyakan pembeli adalah pelanggan tetap dan pembeli sekarang bijak dalam berbelanja.

Peniaga, Akmal Manaf, 61, yang menjual makanan ringan dan serunding juga, berkata ramai yang datang ke gerai beliau untuk membeli kuih nekbat yang hanya dijual pada bulan Ramadan.

Peniaga sayur-sayuran, Fatimah Deraman,73, pula berkata ramai pelanggan datang membeli sebagai persediaan bersahur jika esok mula berpuasa,ā€ katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda