Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

IKTBN Temerloh Bantu Tukar Minyak Hitam

By 23 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) serta Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) telah mengadakan Program Tukar Minyak Hitam Motosikal secara percuma.

Sebanyak 80 unit motosikal berkapasiti kecil serta berkuasa rendah terlibat dalam program di Pejabat Penghulu Mukim 18 Sri Medan Kawasan Parit Sulong, di sini semalam.

Menurut Ketua Unit Kokurikolum dan Pembangunan Sahsiah IKTBN Temerloh Mohd Faizal Abdul Salim, program yang dilaksanakan mendapat sambutan memberangsangkan

“Ini adalah pengalaman pertama buat pelajar-pelajar selain dapat memberikan sumbangan khidmat bakti kepada masyarakat terutamanya di Mukim Sri Medan Parit Sulong.

“Seramai sembilan orang pelajar, seorang tenaga pelajar berkemahiran automotif yang terlibat dalam program ini,” ujarnya

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor Naim Fahmi Ahmad Tajuddin, Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Medan Zulkurnain Kamisan dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Kanan) Daerah Batu Pahat Erni Nurshanisza Mohd Markhaza.

-ZS-

Tinggalkan komen anda