
Laporan/foto: Mohamad Zairin Mohamad Zin (Hulu Langat)
HULU LANGAT, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Inisiatif Payung Rahmah merupakan satu lagi usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam memberikan kemudahan kepada pengguna untuk berbelanja dengan harga berpatutan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata demikian di Majlis Pelancaran Jualan Rahmah SZBLOOMS semalam.
“Pelaksanaan Inisiatif Payung Rahmah di SZBLOOMS ini meliputi aktiviti Jualan Rahmah merangkumi produk barangan kelengkapan berjenama antarabangsa yang ditawarkan pada harga diskaun serendah RM49.90.
“KPDN terus komited bagi memastikan seluruh warga Malaysia Madani dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dan usaha ini mampu menarik perhatian rakyat Malaysia mendapatkan barang berkualiti dengan harga yang berpatutan,” katanya.
Turut hadir Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan dan Ketua Pegawai Eksekutif SZBLOOMS, Muhammad Mujaheed Mahfuz.
-ZS-