Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Jom Ronda SRS Jaga Keselamatan Jerantut

By 18 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azrul Azham/Mohd Firdauf (Jerantut)

JERANTUT, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Lebih 100 anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) menyertai Jom Ronda Perdana di Bandar Jerantut malam tadi sempena Program Gerak Rahmah Jom Ronda Perdana Skim Rondaan Sukarela (SRS) anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang dilancarkan secara serentak di seluruh negara.

Bertemakan Keselamatan Komuniti Tanggungjawab Bersama, program ini merupakan inisiatif JPNIN untuk memperkasa, mempertingkat aktiviti-aktiviti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) ke arah membangunkan komuniti rahmah.

Menurut Pegawai Perpaduan Daerah Jerantut Norain Abdul Jalil, antara objektif program adalah untuk meningkatkan keaktifan dan keberkesanan SRS dalam menyampaikan perkhidmatannya kepada komuniti di samping menggalakkan individu dan komuniti setempat melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan khususnya dalam menjaga keselamatan dan keharmonian kawasan kejiranan.

“Aktiviti-aktiviti seperti ini juga dapat memperkukuhkan kerjasama JPNIN, KRT dan SRS dengan pelbagai pihak dan agensi” ujarnya lagi.

Jom ronda SRS Daerah Jerantut ini melibatkan lima SRS yang terlibat dalam konvoi rondaan yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia Daerah Jerantut iaitu SRS Batu Embun, SRS Jerantut Feri, SRS Taman Ria, SRS Taman Saujana Idaman dan SRS Bandar Jerantut.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Azman Mat Kamis, Ketua Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Jerantut Mohd Fazil Johari dan Pegawai Penerangan Daerah Jerantut Azrul Azham Azmi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda