Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

APMM Labuan Selamatkan Nelayan Bot Karam

By 18 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/APMM Labuan

LABUAN, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Tiga orang nelayan diselamatkan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan selepas bot mereka karam di Perairan Tanjung Kubong semalam.

Menurut Pengarah Zon Maritim Labuan Kapten Maritim Nudin Jusoh bot tersebut karam kerana mengalami kebocoran dan cuaca buruk.

“Selepas terima laporan, dua aset Maritim Malaysia iaitu KM Lahad Datu dan bot peronda diatur gerak ke lokasi untuk memberi bantuan kecemasan.

“Kesemua mangsa berusia antara 20 hingga 35 tahun berjaya diselamatkan dengan bantuan tiga buah bot nelayan tempatan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Labuan bagi rawatan serta tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan di laut ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999.

-ZS-

Tinggalkan komen anda