Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Karnival Madani Kita Bersama Bukit Tengah Buka Peluang Agensi Kerajaan Dekati Rakyat

By 12 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Haliza Ridzuan/Ariza Mohamed Zaki (Seberang Perai Tengah)

BUKIT TENGAH, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Kira-kira 300 orang penduduk setempat mengambil peluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sempena Program Karnival Madani Kita Bersama Bukit Tengah di Dewan MPKK Bukit Tengah, Taman Bayu Mutiara, di sini semalam.

Seorang pengunjung, Vivien Poh, 54, berkata program seperti ini sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat kerana pelbagai informasi dan perkhidmatan kerajaan dapat diakses secara dekat dan terus kepada rakyat.

“Selain itu, masyarakat setempat juga boleh mendekati dan beramah mesra bersama wakil rakyat di kawasan ini,” katanya.

Pelbagai perkhidmatan disediakan dalam usaha untuk menyampaikan perkhidmatan kerajaan terus kepada rakyat seperti perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan kaunter bayaran zakat.

Antara agensi kerajaan terlibat ialah Jabatan Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, PERKESO, Klinik Kesihatan Bukit Tengah dan Pejabat Zakat Pulau Pinang.

Selain itu syarikat Zero Nine Motorsports turut memberikan perkhidmatan menukar minyak hitam percuma kepada 20 buah motosikal terawal.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tengah Gooi Hsiao Leung turut hadir merasmikan program.

-ZS-

Tinggalkan komen anda