Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

46 Terima Manfaat Program Gunting Rambut Percuma

By 12 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Zayed/Azimee Abdullah (Daerah Barat Daya)

BAYAN BARU, 12 Mac
(Malaysiaaktif) – Seramai 46 peserta hadir untuk mendapatkan khidmat gunting rambut di Program Gunting Percuma anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Nibong Kecil dengan kerjasama Pejabat ADUN Pantai Jerejak dan Pejabat Parlimen Bayan Baru serta Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Surau As-Syakirin, semalam.

Program ini melibatkan beberapa tukang gunting dari Dengko Barbershop yang beroperasi di Pesara Mayang Pasir 2, Taman Gedung Heights, Bukit Gedung.

Pegawai Penerangan Daerah Barat Daya Marshita Othman hadir memberikan sedikit taklimat ringkas berkenaan konsep Malaysia Madani yang telah dilancarkan.

“Penghayatan kepada Malaysia Madani juga diharapkan dapat dipupuk di dalam jiwa setiap lapisan masyarakat,” katanya.

Turut hadir Pengerusi MPKK Sungai Nibong Kecil Haji Ramli Haji Othman, Ahli Majlis MBPP Mohd Suhairi Arumugam Abdullah dan Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak Lim Boon Heng.

-ZS-

Tinggalkan komen anda