Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Lawatan DYMM Permaisuri Johor ke PPS Daerah Tangkak

By 12 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Shahrina Amran (Tangkak)

TANGKAK, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Shah berkenan berangkat menziarahi dan menyantuni mangsa-mangsa banjir di mukim Gersik, di sini semalam.

Pegawai Daerah Tangkak Azman Mohamad Shah, berkata Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Bukit Rahmat menempatkan 203 mangsa daripada 68 keluarga manakala PPS Dewan MPKK Kampung Baru Gersik pula menempatkan seramai 218 mangsa daripada 71 keluarga.

“DYMM Permaisuri Johor turut mengurniakan bantuan berupa sumbangan tunai, pek makanan ringan serta kit penjagaan diri menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ),” ujarnya.

Bersempena dengan lawatan ini, baginda turut meluangkan masa dengan bertanya khabar dan beramah mesra bersama mangsa-mangsa banjir.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pengurusan) Mohd Noh Ibrahim, Pegawai Daerah Tangkak Azman Mohamed Shah, isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Noor Azizah Abdul Latiff dan pegawai-pegawai kerajaan negeri Johor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda